SEJARAH SEKOLAH
SJK(C) TAR THONG, GENTING
BALIK PULAU, PULAU PINANG
1926: Sekolah Tar Thong dinina oleh
penghuni-penghuni Kampung
Genting pada 1hb April
1926.
1927: Membina sebuah bangunan
yang beratap ke kampung Mukim G,
Genting untuk mengganti bangunan yang sedia
ada itu.
Masa itu kakitangan hanya 2 orang sahaja
termasuk guru besar.
1939: Sekolah terpaksa ditutup
sementara kerana Perang dunia Kedua.
1945: Sekolah dibuka semula selepas Perang Dunia Kedua.
1947: Tapak sekolah dipindah ke
tempat baru iaitu di Jalan Sungai Nipah yang mana sekolah ini berada hari ini.
1948: Bilangan murid meningkat
sampai 80 orang murid dan 4 orang guru.
1952: Bilangan murid sekolah
meningkat menjadi 105 orang dan
sekolah beraliran enam kelas
dari darjah 1 hingga darjah 6.
1967: Disebabkan melapetaka yang
berlaku, bilangan murid merosot.
Cuma 45 orang murid sahaja. Keadaan ini
mengakibatkan
sekolah nyaris-nyaris
ditutup oleh Jabatan Kerajaan berkenaan.
1968: Sebuah Jemaah Pengurus
baru ditubuhkan oleh En. Ooi Eng Huat
En. Nah Poh Chai, En.
Ong Guan Cheng, En. Foo Kee Kin dan
En. Tan Tian Soon untuk menyelesaikan masalah
penutupan
sekolah.
1973: Bilangan murid meningkat
menjadi 83 orang dan bilangan guru
ialah 4 orang termasuk guru besar.
1974: Merancang membina semula sekolah
yang buruk itu.
Pelan-pelan
diluluskan oleh pihak kerajaan negeri.
1975: Projek pembina semula
dijalankan.
Dibimbing oleh En. Ooi Eng Huat dan
pengurus-pengurus barunya.
1976: Pembukaan rasmi bangunan
sekolah ini diadakan pada
1hb Oktober 1976 oleh
En. Ooi Eng Huat.
1990: Bilangan guru meningkat menjadi 7 orang dan murid juga
meningkat menjadi 83
orang, beraliran enam dari darjah 1hingga
darjah 6, tiada kelas
bercantum sehingga hari ini.
2002: Bilangan guru menjadi 8 orang dan
bilangan murid hampir sama.
2007: Bilangan guru menjadi 10 orang
dan bilangan murid tambah
menjadi 98orang.
2008: Bilangan guru menjadi 12
orang termasuk 1orang guru pemulihan
dan 1 orang guru
agama. Bilangan murid tambah menjadi 105 orang.
2009: Bilangan guru kekal 12
orang. Bilangan murid turun
menjadi 95 orang.
2010: Bilangan guru kekal 12
orang. Bilangan murid turun
menjadi 80 orang.
2011: Bilangan guru kekal 12 orang. Bilangan murid turun menjadi 74 orang.
2012: Bilangan guru kekal 12 orang. Bilangan murid menambah menjadi 76 orang.
没有评论:
发表评论